Kelas Ms Word (Stream Yard Live Streaming Studio)
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniStream Yard Live Streaming Studio ialah aplikasi video conference yang cirinya sama seperti Studio Video yang lain seperti Zoom, Polycom, Google Meet, GoToMeeting, BigBlueButton dan banyak lagi. Banyak kelebihan menggunakan StreamYard berbanding aplikasi lain. Kelebihan aplikasi platform Streamyard ini merupakan web-based dan tidak memerlukan pengguna memuat turun sebarang aplikasi tambahan. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Trainer boleh melihat kembali video yang dirakamkan dan mengenalpasti kelemahan atau kelebihan dari segi penyampaian dan sebagainya. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Sabtu 3 Oktober 2020, telah diadakan Kelas Ms Word menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming Studio. Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian kelas secara dalam talian. Seramai 5 orang pelajar telah mengikuti kelas yang diadakan pada pukul 2.30 hingga 5.30 petang. Kelas ini berlangsung selama 3 jam. Di dalam kelas ini, para pelajar dilatih menggunakan kemahiran-kemahiran asas aplikasi Ms Word. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan perisian-perisian tertentu dan dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran.
Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kursus ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat pembelajaran e-learning. Pada penghujung kelas, pelajar perlu menjawab kuiz menggunakan aplikasi Kahoot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: